Kaum Cina Mari Perkukuhkan Gagasan 1 Malaysia

|



Hello semua,saya tertarik apabila terbaca post daripada Su Ann tentang Malaysian Chinese dan saya rasa terpanggil untuk memberi respon terhadap post itu.Benar ramai yang tertanya-tanya apa lagi yang orang cina mahukan,ini bukan satu kenyataan yang bersifat perkauman tetapi hanya kebingungan yang melanda apabila kerajaan BN tidak mendapat majoriti 2/3 didalam pilihanraya baru-baru ini,diantara sebab utamanya adalah kerana tidak mendapat sokongan orang cina.

Ini tidak berlaku di zaman pemerintahan Dr.Mahathir,kerana sikap beliau yang tegas membuatkan semua orang,termasuk kaum melayu,cina dan india bahkan Raja-Raja Melayu juga hormat pada Dr.M.Semuanya bermula apabila Pak Lah dan mengambil tampuk kepimpinan negara dan diteruskan oleh Datuk Seri Najib,diwaktu itu Malaysia dilihat berada didalam zaman kegelapannya.Dizaman itu orang cina telah membuat beberapa permintaan yang besar yang juga telah menakutkan orang Melayu dan kaum lain.

Orang cina telah membuat permintaan yang pertamanya,supaya kerajaan membuka sepenuhnya kolej-kolej matrikulasi kepada orang bukan melayu ,yang ke-dua sistem biasiswa juga dibuka penuh kepada orang bukan melayu,yang ketiga kemasukkan pelajar di universiti dan kolej tidak perlulah mengikut kuota,yang ke-empat tanah di Kg.Baru dibuka kepada orang Cina untuk pembangunan,yang ke-lima MCA desak penambahan kerusi cina didalam Kabinet dan permintaan yang ke-enam yang paling menakutkan kaum lain adalah,untuk melantik seorang orang Cina sebagai Timbalan Presiden Barisan Nasional.

Semua orang sedia maklum sesiapa yang menjadi Timbalan Presiden BN tentunya secara automatik akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri,ini telah memberi gambaran apa agenda sebenar mereka.Permintaan mengenai pertambahan kaum cina kedalam Kabinet dilihat melampau kerana semasa itu Kabinet Malaysia mengandungi 6 orang menteri penuh berbangsa Cina dan 13 orang Timbalan Menteri berbangsa Cina.

Bagi Biasiswa dan kuota kemasukkan Universiti pula ianya sudah termaktub didalam perlembagaan negara dan didalam Hak-Hak Istimewa Orang Melayu yang telah dipersetujui sebelum Merdeka oleh semua kaum.Semestinya permintaan untuk membuka tanah di Kg.Baru menunjukkan rasa tidak hormat kepada Raja-Raja Melayu kerana tanah itu dianugerahkan kepada orang Melayu oleh Raja-Raja sejak berpuluh tahun yang lalu.

Terbaru di Penang,Ketua Menteri Lim Guan Eng didalam Majlis Pelancaran 'Governor Of Penang' And 'Peranakan Penang' Exhibition' telah sekali lagi membangkitkan rasa tidak puas hati kaum lain apabila mengumumkan bahawa rakyat asal atau penduduk asal negeri Pulau Pinang adalah kaum Peranakan dan bukan Melayu,semua orang sedia maklum dan sedar didalam sejarah bahawa pembukaan pulau pinang dan penduduk asal adalah orang Melayu.

Ini adalah satu usaha untuk melenyapkan orang Melayu di Pulau Pinang seperti mana yang dilakukan di Singapura.Di Muzium sejarah Singapura kini tidak lagi menonjolkan orang melayu,sejarah Singapura telah diubah oleh pemerintah sekarang.Kata mereka Singapura telah dibuka dan penduduk asal adalah orang peranakan,kenyataan ini semestinya tidak benar kerana semua sedar dan maklum bahawa pembukaan Singapura atau Temasik adalah atas usaha,Sang Lela Setia dan Temagi iaitu tuleh darah Melayu.

Didalam Persidangan Parlimen tahun lepas seorang timbalan Mentri MCA telah bangun dan menyatakan penduduk asal Malaysia bukanlah Melayu dan telah membuat kenyataan bahawa Melayu juga pendatang didalam negara ini,ini telah membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan MP-MP melayu juga mengugat kedudukan kaum Melayu.

Walaupun begitu kerajaan masih sayang akan kaum cina,berbagai kemudahan dan peruntukan kerajaan salurkan demi kepentingan kaum cina.Di Sibu,didalam satu Majlis di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Dato Seri Najib telah mengumumkan peruntukan Rm8 Juta untuk sekolah itu,hanya untuk sebuah sekolah Cina,pada ke-esokkannya di Kuala Lumpur di sebuah Sekolah Melayu,Dato Seri Najib mengumumkan peruntukan sebanyak Rm100 ribu kepada sekolah itu.Perbezaan peruntukan ini jelas mencerminkan betapa kerajaan begitu mengambil berat terhadap kaum Cina,sehingga mengetepikan kaum lain.

Jika Kerajaan,Kaum Melayu dan India boleh mengetepikan soal perkauman dan kuasa,apa salahnya jika kaum cina juga berbuat demikian.Ketepikan soal-soal ini demi kepentingan negara dan anak cucu kita,sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai.Kaum Melayu,Cina dan India mestilah bergerak sebagai satu suara demi mempertahankan kedaulatan negara kita.Jika kita asyik bertelagah sesama sendiri negara lain akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan negara ini,sama dengan sejarah kejatuhan Kota Melaka dahulu.Semua kaum haruslah berkompromi dan mengamalkan sikap 1 Malaysia yang telah diinspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pastinya dapat menjamin keharmonian negara ini.






Malaysiakini | 3 April 2009

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”.

“Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

“Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

“Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong,” kata Datuk Loke Yuen Yow.

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

“Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

“(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib,” tambahnya.

“Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN – yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA.”

0 comments:

Post a Comment